Gobook KEKELUARGAAN Cinta Sayangi Dia
Cinta KEKELUARGAAN

Sayangi Dia

Umi, kenapa Allah beri kita sakit?” soal Kak Long perlahan ketika saya sedang memicit-micit kepalanya. Kebelakangan ini, agak kerap dia mengadu sakit kepala. Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatannya sedikit terganggu.

Saya menatap wajahnya yang berkerut menahan kesakitan. Sesekali dia menutup mata yang sedikit berair. Memahami ketidakselesaannya, saya mengalihkan sedikit kepala Kak Long di atas riba untuk mengelakkan cahaya lampu mengenai langsung ke anak matanya.

“Kenapa ya Umi?” Kak Long kembali bertanya.

“Sebab sakit ialah ujian. Allah nak lihat kita sabar atau tidak apabila diuji dengan kesakitan,” ringkas saya memberikan jawapan.

“Kalau sabar, maksudnya kita berjayalah ye, Umi?” Kak Long bertanya. Saya mengangguk. Jelas, dia memahami bahawa setiap yang bernama ujian merupakan penentu kepada dua kemungkinan; berjaya atau kecundang.

Saya menyudahkan urutan apabila melihat Kak Long semakin tenang. Syukur, sakit di kepalanya kian menghilang.

Pelbagai Jenis Ujian

                Masih banyak tugasan lain yang perlu dibereskan. Pinggan mangkuk, kain di ampaian sedang menunggu untuk dibereskan. Juga, artikel untuk pengisian di blog yang asyik tertangguh untuk disiapkan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version