Walaupun kita ingin tonjolkan akhlak Muslim yang sejati, dalam kelas tersendiri, ada teras jati diri, persis akhlak Rasulullah yang terpuji, namun ada ketika dan keadaan kita perlu bijak dan tahu batasan dalam sesetengah perkara.
Kita ingin menjadi Muslim yang bijak, bukan yang dipijak dan diinjak-injak.
Di sini, kita perlukan satu garis panduan yang boleh memandu kita menjadi Muslim yang tahu batasan dalam tindak tanduk kita bertolak ansur dengan golongan bukan Islam. Supaya saat kita berlemah lembut dan bertolak ansur, bukan sampai ke tahap kita ditolak beransur-ansur.
1. Tiada Kompromi dalam Aspek Akidah
Ya, ini perkara asas yang memang kita semua sudah tahu. Dalam bab akidah, kita tidak boleh bertolak ansur dengan non-Muslim. Allah berfirman:
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (Surah al-Kafirun 109: 6)
Allah juga menegaskan:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
