Gobook WAHYU Akidah Waktu Perdana
Akidah WAHYU

Waktu Perdana

Setiap kita mempunyai waktu perdana (prime time) tersendiri. Mungkin bagi majoriti daripada kita, waktu perdana kita adalah awal pagi. Kita bangun dengan rasa bertenaga dan segar setelah tidur beberapa jam. Badan tidak lagi lesu dan lemau.

Waktu perdana ini penting juga untuk kita peruntukkan bagi tujuan ibadah. Waktu yang begitu berkualiti untuk kita menghadap dan menyembah-Nya. Soalnya, sanggupkah?

  1. Masih Muda

Tidak perlu kita menunggu sehingga sudah beruban dan pencen untuk fokus menyembah-Nya. Masa muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, sementara masih bertenaga dan sihat serta nyawa masih dikandung badan.

  1. Awal Pagi

Rasulullah s.a.w. sudah memanfaatkan waktu perdana Baginda untuk Kekasih hati al-Rafiq al-A‘la. Seawal satu pertiga akhir pagi, Baginda kiam, rukuk dan sujud kepada-Nya. Itu saat yang begitu berharga.

  1. Tatkala Senang

Lain rasanya apabila berdoa atau solat semasa ditimpa musibah. Terasa lebih dekat dengan Allah. Namun apa salahnya turut khusyuk solat dan banyak berdoa ketika senang dan gembira. Ibadah tidak bermusim dan tiada kaitan dengan emosi seseorang.

Akhirnya, yang kita inginkan dalam hubungan kita dan Allah adalah segala yang terbaik. Ini kerana Dia adalah causa prima (sebab yang terutama) kita hidup. Seluruh aspek hidup kita untuk-Nya. Mana mungkin kita serahkan sisa dan baki dalam aspek penyembahan kepada-Nya. Persembahkan ibadah yang kita lakukan dalam keadaan muda, bertenaga dan senang, bukan sahaja ibadah yang baru hendak bertatih ketika usia senja.

Jika masih muda, jangan lalai. Jika sudah berusia, semoga Allah kurniakan kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version