Jika 10 tahun dahulu, urusan jual beli secara atas talian jarang sekali digunakan. Namun kini, ramai yang mendapat manfaat daripada urus niaga terbuka ini sama ada peniaga mahupun pengguna.
Membeli sesuatu produk dari luar negara contohnya, kita tidak perlu lagi bermusafir ke negara tersebut. Cukup dengan melakukan pesanan dan pembayaran secara atas talian, produk yang diingini akan tiba di hadapan pintu rumah.
Akibatnya, bukan medium urus niaga sahaja yang telah berkembang, bahkan muncul juga pelbagai bentuk perniagaan yang tidak pernah terbayang di fikiran manusia sebelum ini. Baik yang selari dengan hukum syarak, mahupun yang bercanggah dengannya.
Rasulullah SAW yang hidup dalam masyarakat yang menjalankan perniagaan secara tradisional telah menyampaikan kepada umatnya berita tentang perkembangan pesat yang akan berlaku dalam bidang perniagaan pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, Baginda turut menyebutnya sebagai salah satu kejadian yang akan berlaku pada akhir zaman.
Baginda bersabda:
(Zaman) sebelum kiamat akan berlakunya ucapan salam yang selektif (taslim khassah), kepesatan perniagaan sehingga para wanita turut serta membantu suami mereka dalam menjalankan urusan perniagaan. (Riwayat Ahmad)
Tempat Perniagaan Menjadi Dekat
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.