Doa Selepas Azan Mustajab, Tapi Nak Mohon Apa?
Anas meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Doa di antara azan dan iqamat tidak akan pernah ditolak. (Riwayat Abu Dawud) Al-Tirmizi menambah dalam riwayatnya: Mereka bertanya: ‘Apa yang harus kami baca, wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Mohonlah keampunan dan keselamatan kepada Allah di dunia dan akhirat.’