September 18, 2024
Tentang Hati UMUM

Hikmah di Hujung Fitnah

“Bonda Nor tidak boleh begini. Akak tengok Bonda sudah jauh berubah. Sudah mula tamak kejar keuntungan!” Saya tersentak mendengar kata-kata tajam orang kanan saya itu. Saya mula tamak? Saya semakin mengejar keuntungan sehingga mengabaikan perasaan ahli pasukan? Allahuakbar! Apakah yang membuatkan beliau tiba-tiba tergamak berkata seperti itu? Ketika diri masih bingung dan tersinggung, muncul pula […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Sedetik Takdir

Lebih sedekad tidak bertemu. Saya hampir sahaja gagal mengenali raut wajahnya. Tetapi senyuman itu, subhanallah, itu yang mampu mengembalikan ingatan saya terhadapnya. Kak Faridah! “Ingat Adib? Anak kakak yang pernah belajar dengan Nor dulu. Yang hyperactive tu. Yang Nor cakap panjat tingkap masa tengah belajar tu. Ingat tak?” Saya berusaha mengingati watak anak kecil itu. […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Menghitung Nasib Diri

“Abang, ramainya orang yang mesej beritahu mereka mimpikan saya. Ada yang mimpi saya sakit, ada yang mimpi saya mati,” adu saya sambil jari melurut-lurut sejadah, tanda hati sedikit resah. “Mati memang satu hal yang pasti, kan? Bukan ayang saja, semua orang akan mati. Bukan satu berita baru pun,” balas suami, tenang. “Saya tak takut mati, […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Percaya yang Hilang

Peristiwa semasa kecil itu terimbas kembali. Tabiat yang bermula semasa fasa pemikiran masih dangkal dan akal tidak berfikir panjang. Ya, ketika itu saya masih kecil, naif dan belum banyak mengerti. Teringin makan rojak petis yang dijual tidak jauh dari rumah, saya seluk saja poket seluar abah. Ambil sekeping duitnya. Duit dan rojak bertukar tangan. Teruja! […]

Read More
Tentang Hati UMUM

The Spoiler

Kami rancak bercerita tentang kejayaan Seminar Penulisan Mega Bonda Nor yang baru berakhir. Gilang-gemilang! Ia merupakan seminar penulisan dakwah santai terbesar di Malaysia dengan penyertaan hampir seramai 350 orang. Pendaftaran terpaksa ditutup dalam masa 5 hari sahaja dek sambutan yang luar biasa. Terlalu banyak komen positif para peserta yang dimuat naik ke media sosial menyatakan […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Setulus Nawaitu

  “Boleh tak Bonda Nor kongsikan apa sebenarnya inspirasi Bonda Nor dalam bidang penulisan?” Soalan wartawan tersebut saya sambut dengan senyuman. Barangkali beliau menjangkakan saya menyebut nama beberapa orang penulis yang menjadi idola saya. Malangnya, tidak. Memang tiada. Saya tidak menulis kerana suka atau terinspirasi dengan penulisan sesiapa. Perjuangan saya dalam bidang ini tertumpu kepada […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Bakti Tanpa Henti

Ujian musafir yang menguji kesabaran. Dengan tubuh sakit dan keletihan lantaran sarat berbadan dua serta penerbangan dan perjalanan malam yang menakutkan ke satu bumi yang belum pernah saya jejaki. Bahkan ditambah lagi ujian penginapan yang mahalnya tak terjangkau dek minda serta perkhidmatan yang tidak memuaskan hati. Ah, saat bibir mengukir senyuman, hati menangis… Kaki saya […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Bara Api di Hujung Jari

Sesi ceramah yang cukup mencabar. Seperti biasa, tatkala berdepan dengan para pelajar yang berisiko tinggi, itulah yang selalu berlaku. Wajah yang cemberut menjadi tatapan awal saat sesi ceramah bermula. Pantas saja saya memahami isyarat itu. Sesi tidak boleh dijalankan dengan ceramah yang panjang atau leteran gaya mak-mak. Bosan! Lalu saya memilih melakukan aktiviti dan menayangkan […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Pilihan Sesudah Impian

“Bila nak diet tu, Bonda Nor?” usik mereka. “Esok! Kan saya selalu cakap, ‘Esok saya diet!’ Jadi, esoklah. Ya, saya konsisten dengan jawapan itu. Esok,” balas saya selamba. Alahai… Situasi mula riuh dengan bunyi gelak ketawa. Saya layankan saja gurauan tersebut. Memang, luahan impian saya untuk berdiet itu bukan satu rahsia. Sengaja saya luahkan untuk […]

Read More
Tentang Hati UMUM

Mimpi yang Berbekas

Petang Ramadan itu cuma satu petang yang biasa-biasa. Tetapi saya tersedar daripada tidur dengan satu rasa yang cukup luar biasa. Kebingungan. Lama saya termenung sendirian. ‘Betulkah apa yang aku mimpi ini? Atau cuma mainan syaitan? Tetapi bukankah syaitan diikat sepanjang Ramadan?’ Allahu Rabbi. Hanya kerana satu mimpi, hati saya resah sendiri. Tanda tanya terpendam begitu […]

Read More
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?