June 22, 2024
Ghaibiyyat WAHYU

Al-Quran Hilang daripada Mushaf

Al-Quran adalah mukjizat paling agung kurniaan Allah kepada Rasulnya buat pedoman umat manusia di akhir zaman. Usaha umat ini untuk memartabatkan al-Quran dalam kehidupan adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan sama sekali.

Para ulama menumpahkan tenaga untuk menghasilkan karya-karya tafsir bagi menjelaskan pengertian ayat-ayat al-Quran serta menyingkap rahsia yang tersembunyi daripadanya. Manakala masyarakat Islam pula bersungguh mempelajari al-Quran untuk beramal dengan panduannya demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dengan keadaan dunia yang kian menghampiri penghujungnya, al-Quran yang suci akan turut melalui fasa akhirnya. Rasulullah telah menjelaskan bahawa al-Quran akan hilang kedudukannya di sisi umat manusia sedikit demi sedikit. Sejarah yang berlaku terhadap umat terdahulu yang juga telah dikurniakan kitab suci mungkin akan berulang kembali terhadap umat Nabi akhir zaman ini.

 

Sejarah Mungkin Berulang

Abu al-Darda’ diriwayatkan berkata bahawa ketika sedang beliau dan para sahabat sedang duduk bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba Baginda memandang ke langit, lalu bersabda:

“Ketika ini, ilmu akan hilang daripada manusia sehingga akhirnya mereka tidak mampu melakukan apa-apa pun.”

Ziyad bin Labid al-Ansari bertanya: “Bagaimanakah mungkin akan hilangnya ilmu daripada kami, sedangkan kami sentiasa membaca al-Quran? Bahkan demi Allah, kami akan sentiasa mengajarkannya kepada isteri-isteri kami dan anak-anak kami.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?