March 28, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Kanak-kanak Pun Beruban!

Firman Allah SWT:

إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا (15) فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا (16) فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِنْ كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا (17) السَّمَاءُ مُنْفَطِرٌ بِهِ كَانَ وَعْدُهُ مَفْعُولًا (18) إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا (19)

“Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Namun Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksanya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu – jika kamu kufur dan ingkar – pada hari yang kedahsyatannya menyebabkan kanak-kanak pun menjadi beruban? Langit akan berpecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu.Janji Allah pasti berlaku. Sesungguhnya ini satu peringatan. Maka sesiapa yang mahu, maka dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya.”

 (Surah al-Muzammil 73: 15-19)

Sekiranya kita teliti dan dalami lima ayat sebelumnya bermula daripada ayat ke-10 hingga 14, kita dapat fahami bahawa ayat-ayat tersebut adalah peringatan khusus daripada Allah terhadap orang kafir dengan ancaman akhirat.

Manakala dalam ayat seterusnya pula, Allah menguatkan lagi peringatan tersebut dengan membawa contoh yang lebih dekat supaya mudah difahami dan diambil pengajaran oleh sekalian manusia.

Pengisytiharan Allah

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah. Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir "KULTUM" (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian "kultum ust zahazan".
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?