March 29, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

3 Jenis Tempoh Haid

Apabila kita bercakap tentang tempoh haid, terdapat tiga tempoh sebenarnya iaitu tempoh minimum, tempoh maksimum dan tempoh kebiasaan. Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempoh minimum dan maksimum haid.

Berdasarkan pandangan mazhab al-Syafi‘i, tempoh minimum, maksimum dan kebiasaan haid adalah seperti berikut:

  1. Tempoh Minimum Haid

Apa-apa darah yang keluar daripada rahim seorang wanita tidak akan dinamakan sebagai haid melainkan jika ia telah mencapai tempoh 24 jam atau sehari semalam.

Contohnya, Fatimah melihat darah keluar bermula daripada pukul 12 tengah hari pada 1 Februari hinggalah pukul 12 tengah hari 2 Februari. Dengan itu, sudah mencukupi 24 jam.

Tarikh dan waktu keluar darah amat penting diambil cakna oleh wanita dan kita mesti membuat catatan secara terperinci termasuk warna darah, bau dan kuantitinya.

  1. Tempoh Maksimum Haid

Darah yang keluar itu juga hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam.

Contohnya, Aminah melihat darah keluar bermula pukul 1 petang pada 1 Mac. Dalam tempoh 15 hari darah keluar secara berterusan. Oleh itu, tempoh 15 hari 15 malam itu akan cukup pada pukul 1 petang, 16 Mac. Jika ada darah yang melebihi tempoh tersebut, maka Aminah dikira sudah mengalami istihadah.

Apabila melibatkan kes istihadah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memutuskan bahawa 15 hari pertama adalah haid dan selebihnya adalah darah istihadah. Ini kerana ada cara khas untuk menentukan darah yang keluar itu yang mana satu haid dan yang mana satu istihadah. Hal ini akan dibincangkan dalam siri lain.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?