Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:
Sesungguhnya seluruh kaum Muslimin sudah tahu sejak zaman para sahabat lagi bahawa keberkatan al-Quran bukanlah berpunca daripada membawa, menggantung dan menghias rumah dengannya.
Beliau menyambung lagi: “Keberkatanya juga bukan pada memohon penawar dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh syeikh atau orang yang baik, menulisnya pada pinggan, kemudian memadam dan meminum airnya. Demikian juga dengan beberapa perkara yang pelik lagi aneh. Sesungguhnya keberkatan al-Quran yang sebenar adalah apabila kita mengikuti al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.”
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh al-Quran yang mulia:
Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang kami turunkan yang ada berkat padanya (banyak manfaatnya). Oleh itu, kamu hendaklah menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-An‘am 6: 155)
Oleh itu, keberkatan sebagaimana yang ditunjukkan dalam ayat tersebut adalah pada mengikut isi kandungan al-Quran dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Dengan perkara ini jugalah diharap dapat memperoleh rahmat Allah.
Dalam meniti jambatan untuk mengamalkan al-Quran, marilah kita hayati beberapa pesanan dan peringatan untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan seharian.
Jangan Berpaling daripada al-Quran
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.

