March 28, 2024
FIQAH Fiqah Umum

Salah Faham Hukum Pembahagian Pusaka (Bahagian 1)

Faraid ataupun undangundang pusaka Islam merupakan khazanah ilmu yang sangat penting dan berharga khususnya buat umat Islam dan manusia sejagat amnya.

Pensyariatannya oleh Allah s.w.t. melalui surah al-Nisa’, ayat 11, 12 dan 176 yang dikenali sebagai “ayat al-mawarith” jelas diakui sebagai mekanisme yang paling sesuai berhubung permasalahan pembahagian kadar habuan harta pusaka antara waris. Pembahagian ini bukan sahaja diterima dalam kalangan umat Islam tetapi juga dalam kalangan bukan Islam. Sebagai contohnya, telah diterima oleh penduduk beragama Kristian di Syria. (Muhammad Ali al-Hashimi, 2007)

Individu Muslim yang menerima hakikat kedudukannya sebagai hamba Allah yang mengikat keimanannya kepada Penciptanya, perlulah melaksanakan segala urusannya dalam apa jua bidang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah demi mencapai kemenangan di dunia dan juga akhirat. Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t. memberi peringatan melalui fi rman-Nya pada bahagian akhir daripada surah al-Nisa’ ke tiga-tiga ayat 11, 12 dan 176 itu yang bermaksud:

…(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Amat Bijaksana. (Surah al-Nisa’ 4: 11)

…(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Amat Mengetahui lagi Amat Penyabar. (Surah al-Nisa’ 4: 12)

…Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Amat Mengetahui akan tiaptiap sesuatu. (Surah al-Nisa’ 4: 176)

Sistem Pusaka yang Lengkap dan Komprehensif

Undang-undang pusaka Islam ataupun faraid merupakan satu sistem pusaka yang lengkap (syumul) dan komprehensif dengan memberi jaminan dalam menentukan hukum dan cara pembahagian terhadap ahli-ahli waris yang berhak. Kadar bahagian mereka ditentukan dengan adil dan semua itu seharusnya diterima dengan redha dan penuh keimanan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?