January 13, 2025
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

4 Syarat Haid

Para ulama telah menetapkan bahawa darah yang keluar daripada kemaluan wanita tidak akan dianggap sebagai haid selagi ia tidak memenuhi empat (4) syarat berikut:

1. Mengalir Keluar

Apabila kita hendak menentukan permulaan haid, kita hendaklah menunggu sehingga darah mengalir keluar daripada kemaluan.

Dengan kata lain, apabila tiba masa kebiasaannya kita sudah datang haid, lalu kita ambil kapas dan memasukkan dalam kemaluan dan kita dapati ada darah, maka ini tidak boleh dikatakan haid kita sudah bermula. Kita tidak boleh meninggalkan solat dalam situasi ini.

Ini kerana darah tersebut masih belum mengalir keluar. Ini berbeza apabila kita meletakkan tisu atau sebagainya di permukaan kemaluan dan kita dapati ada darah yang melekat, maka ini dikatakan darah sudah mengalir keluar.

2. Cukup Tempoh Minimum Haid

Darah yang keluar daripada kemaluan kita hendaklah cukup 24 jam. Kiraan 24 jam itu sama ada darah keluar secara berterusan selama 24 jam atau dengan cara mengabungkan hari-hari keluarnya haid dalam tempoh 15 hari (maksimum haid).

3. Darah Keluar Tidak Melebihi Tempoh Maksimum Haid

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?