Daripada Abu Uthman, beliau menceritakan bahawa Rasulullah mengangkat Amru bin al-As untuk memimpin pasukan kaum Muslimin dalam perang Zat al-Salasil. Amru bin al-As menceritakan: “Aku pergi menemui Rasulullah. Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang tuan paling cintai?’ Nabi menjawab: ‘Aisyah!’
‘Lelaki?’
‘Ayahnya!’
‘Selepas itu siapa?’
‘Umar!’
Nabi pun menyebut nama beberapa orang sahabat lagi. Setelah itu, aku pun diam kerana bimbang Nabi menyebut namaku sebagai orang yang paling akhir.” (Riwayat al-Bukhari)
Catatan:
- Bagi seorang lelaki, lumrah jika orang yang paling dicintainya ialah isteri. Begitu juga kebiasaan seorang isteri.
- Boleh sahaja bertanya dan mengambil tahu tentang insan yang paling disukai oleh seseorang. Ada banyak manfaatnya.
- Amru bin al-As; sahabat yang lewat masuk Islam. Salah seorang daripada empat orang genius Arab. Beliau berperanan besar dalam era selepas kewafatan Nabi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.

