March 28, 2024
Akidah WAHYU

Malu Itu Iman

Heboh dalam media sosial baru-baru ini tentang seorang suami yang menggunakan akaun isterinya, lalu dibuat satu komentar terhadap ucapan yang disampaikan menerusi siaran langsung. Komentar tersebut berbaur lucah dan menceritakan perihal hubungan suami dan isteri.

Lebih parah lagi, isterinya itu seorang guru. Fenomena ini barangkali cukup kuat untuk menunjukkan mentaliti dan sikap kebanyakan orang Islam di negara kita.

Dalam realiti yang lain pula melibatkan seorang ustaz atau ahli agama. Ceramah yang sepatutnya membawa mesej iman dan Islam tercalar dengan lawak dan gurauan berbaur lucah, meskipun yang dibicarakan ketika itu ialah ilmu munakahat. Benda dalam kain, bukankah semestinya ceritanya juga mesti berbahasa dalam kain? Lalu apa status iman kita?

Allah Mengajar Sifat Malu

Mudah, sesiapa yang menekuni al-Quran, pasti akan bertemu panduan. Lihat sahaja apabila Allah SWT mengungkapkan ayat mengenai hubungan suami isteri dalam al-Quran:

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu… (Surah al-Baqarah 2: 187)

Dalam Tafsir al-Jalalain, Syeikh Jalaluddin mengungkapkan istilah “pakaian” yang Allah Taala gunakan bagi menggambarkan hubungan antara suami dan isteri dari tiga aspek utama:

  1. Bentuk dekatnya pasangan sebagaimana dekatnya pakaian dengan kulit.
  2. Saling membahagiakan dengan kasih sayang, rasa dimiliki dan tempat bersandar.
  3. Maksud saling memerlukan dari aspek hak dalam perkahwinan, nafkah batin dan zahir serta kelengkapan hidup berumah tangga.

Lihat, Allah guna kalimah “pakaian”, penuh sopan dan mempunyai elemen “malu”. Tidak ada unsur kelucahan, tiada unsur keterlaluan, tiada unsur kekasaran. Kalau beralasan untuk memberi faham, apakah kalimah yang Allah gunakan ini tidak mampu difahami?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Kini beliau adalah Pengurus, Unit Syariah di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumnis bagi Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Tanyalah Ustaz dan segmen Dulu Blur Sekarang Clear di Suria FM. Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?