March 29, 2024
Akidah WAHYU

Al-Khaliq, al-Bari’ dan al-Musawwir

Kadangkala apabila ada masa lapang, seronok juga menonton National Geographic. Melihat alam sekeliling kita, sudah pasti akan menumbuhkan rasa kagum kepada Pencipta. Setiap ciptaan-Nya dicipta dengan begitu teliti, halus dan cukup indah.

Manusia mungkin boleh meniru, namun sudah pasti tidak sama sepenuhnya seperti yang sedia ada dicipta oleh-Nya. Di sinilah datang keimanan kita bahawa Dialah al-Khaliq, al-Bari’ dan al-Musawwir.

Allah s.w.t. berfirman:

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (daripada tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya). (Surah al-Hasyr 59: 24)

Perbezaan al-Khaliq, al-Bari’ dan al-Musawwir

Al-Khaliq dari sudut syarak bermaksud:

  1. Allah menciptakan segala sesuatu daripada tiada kepada ada. Dia juga menentukan segala urusan ciptaan-Nya sejak azali. Jadi ini bermakna Allah mencipta sesuatu tanpa merujuk sebarang contoh sebelum mencipta.
  2. Allah yang menentukan setiap urusan bagi segala ciptaan-Nya. Allah juga sempurnakan dengan nilai akhlak buat ciptaan-Nya dan dibahagikan hamba-Nya kepada:
  3. Hamba yang bersefahaman (ahl al-wifaq).
  4. Hamba yang munafik (ahl al-nifaq).

Ibn Athir dalam Jami’ al-Usul menjelaskan, al-Bari’ ertinya yang menciptakan makhluk tanpa meniru. Tetapi lafaz ini lebih memiliki pengkhususan kepada makhluk-makhluk hidup, tidak kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Lafaz ini jarang sekali dipakai kepada selain daripada makhluk hidup.

Hal ini boleh didapati perbezaannya pada ungkapan berikut:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?