March 28, 2024
Akidah WAHYU

Al-Wahhab: Mohonlah kepada yang Maha Memberi

Allah s.w.t. menzahirkan diri-Nya kepada seluruh makhluk dengan mengkhabarkan bahawa Dialah Zat Yang Maha Memberi. Allah menyebut dalam al-Quran tentang doa golongan ulul albab:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya. (Surah Ali ‘Imran 3: 8)

Nama Allah al-Wahhab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran selain daripada ayat di atas iaitu:

  • “Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha melimpah pemberian-Nya?” (Surah Sad 38: 9)
  • “Dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia-Nya.” (Surah Sad 38: 35)

Definisi al-Wahhab

Perkataan habbah (هبة) bermaksud pemberian yang tidak mengharap timbal balas dan sebarang tujuan. (Al-Maqsad al-Asna) Secara umumnya, perkataan al-Wahhab pula merujuk kepada seseorang yang banyak memberi dan mengurniakan sesuatu. Nama ini juga datang dalam bentuk wazan fa‘al (فعّال) yang difahami sebagai hiperbola (shigah al-mubalaghah).

Menurut Syeikh Dr. Umar Sulaiman al-Ashqar, al-Wahhab ialah  Pemberi segala kurniaan yang tidak terhingga dan terhad serta tidak ada juga prasyarat. Dialah Raja yang menguasai langit dan bumi serta memiliki khazanah kedua-duanya. Tidak ada suatu apa pun yang dapat mengalahkan pemberian-Nya. Kesemua itu tidak sedikit pun mengurangkan simpanan-Nya. (Asma’ Allah al-Husna)

Maka, Allah s.w.t. memiliki nama ini kerana begitu luas, banyak dan tidak terhitung pemberian kepada makhluk-makhluk-Nya. Semenjak adanya nutfah di dalam rahim sehinggalah seseorang itu dewasa dan sampai ke saat kematiannya. Limpahan nikmat dan pemberian Allah tidak terkira banyaknya.

Bakr bin Abdullah al-Muzani berkata: “Tidaklah seorang hamba mengucapkan alhamdulillah melainkan wajib baginya mendapat nikmat lain pula dengan ucapan itu. Lantas, apa balasan atas nikmat itu? Balasannya adalah dengan mengucapkan alhamdulillah, maka akan datang lagi nikmat-Nya yang lain. Nikmat-nikmat daripada Allah tidak pernah habis.” (Al-Syukr)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?