“Ummi, macam mana Ummi boleh ada begitu banyak tenaga ya? Tak penat? Dengan anak berderet depan mata, mengurus sekolah lagi. Huh! Kalau sayalah, tak mampu rasanya.”
Saya sering menerima soalan yang bertanyakan tentang tenaga. Pada masa yang sama, saya juga sering menerima rungutan seperti ini: “Saya ni setiap hari terkejar-kejar. Tak sempat tengok pelajaran anak. Kadang-kadang asyik terasa nak marah saja.”
Sedar atau tak, kita semua sedang mengejar sesuatu. Bezanya terletak pada “apa” yang kita kejar dan sebab kita kejar.
Dalam kehidupan seseorang yang bergelar ibu, sebenarnya apa yang perlu kita kejar? Apa yang utama? Apakah jenis rutin yang memberi kita tenaga dan semangat yang membuatkan kita sentiasa berasa teruja untuk beraksi setiap hari?
Kerikil Kecil vs Batu Besar
Mengikut pengamatan saya, kebanyakan ibu yang tenat adalah ibu yang terkurung dan berlari dalam laluan pagar sesat (maze) yang membawanya kepada rutin harian sebagai tukang masak, tukang sapu dan pemandu anak-anak.
Salahkah?
Ish… sama sekali tak salah. Jika bukan ibu yang uruskan, siapa lagi?
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.