December 11, 2024
FIQAH Jinayat

Mukadimah Hudud

Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan pelbagai fenomena yang menakutkan. Antaranya, pembuangan bayi tanpa sebarang belas ihsan. Ada yang mati dan ada yang nyawa-nyawa ikan. Angkara siapa ini?

Begitu juga, statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPM) bahawa bilangan anak luar nikah yang didaftarkan pada tahun 2009 sahaja, seramai 17,303 orang. Ketua Pengarahnya berkata:

“Dalam tempoh lima tahun, JPM mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).”

Penulis sengaja membentangkan sedikit fakta ini bertujuan untuk menggambarkan betapa gawatnya gejala sosial, keruntuhan moral dan kepincangan akhlak dewasa ini.

Secara logiknya, yang melakukan pembuangan bayi, bukanlah mereka yang melangsungkan perkahwinan secara sebenar, tetapi ghalibnya hasil daripada penjarahan, perzinaan dan hubungan haram. Justeru, keperluan melaksanakan hudud amat penting kerana menjunjung perintah Allah s.w.t.

Alasan Pelaksanaan Hudud

Tanpa cenderung dan terpengaruh dengan mana-mana pihak, penulis berpendapat keperluan pelaksanaan hukuman ini adalah salah satu cara mencegah kadar jenayah seperti perzinaan dan lain-lain lagi. Antara hujah keperluan pelaksanaan ini, suka saya petik daripada buku Undang-undang Jenayah Islam, Jenayah Hudud menyebut:

“Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam ketika melaksanakan pembalasan hudud, ia dapat hidup dalam keadaan tenang, aman dan terjamin keselamatan harta benda, kehormatan dan institusi masyarakat sehinggakan penjenayah datang menyerah diri untuk di laksanakan hukuman ke atasnya bagi tujuan membersihkan dirinya dan menebus dosanya.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan seorang ulama Islam dan ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?