March 29, 2024
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Puasa: Bukan Ibadah Biasa-biasa

Ibadah puasa yang dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh akan memberi manfaat sama ada dalam bentuk fizikal atau kerohanian.

 

  1. Membuka Hijab Antara Diri dengan Allah
  • Ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan berupaya membersihkan rohani dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya.
  1. Tanda Keikhlasan
  • Puasa amalan rahsia hamba dengan Allah. Orang lain tidak tahu jika seseorang berbuka diam-diam. Ketakwaan dalam diri mendorong seseorang melakukan ibadah puasa sebaik-baiknya.
  1. Mujadalah dan Kekentalan Jiwa
  • Kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang halal kita lakukannya sebelum Ramadan.
  1. Memupuk Sabar
  • Puasa sebagai latihan menahan keinginan diri atau godaan luar sepanjang Ramadan.
  1. Memelihara Fizikal
  • Dengan berpuasa kita perlu memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
  1. Melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan
  • Puasa melahirkan rasa kasihan kepada golongan fakir. Sebab itu disyariatkan zakat fitrah yang menjadi titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
  1. Mengenal Erti Kejayaan Sebenar
  • Bukan harta atau kedudukan yang menjadi kayu ukur. Untuk orang berpuasa ada dua kejayaan iaitu ketika berbuka dan bertemu Allah.
  1. Mendidik Rasa Belas dan Lemah-Lembut
  • Jika ada seseorang mahu mencaci atau memperli ketika kita sedang berpuasa, balaslah dengan berkata, “Aku berpuasa.” Kita perlukan latihan ini untuk mendidik diri dengan sikap berlapang dada dan menahan marah.
  1. Mengutuhkan Kesatuan Ummah
  • Umat Islam dari seluruh pelosok dunia berpuasa pada bulan yang sama. Kebaikan Ramadan dikongsi bersama tanpa mengira bangsa, sempadan geografi atau keturunan.
  1. Merapatkan Hubungan dengan Alam
  • Penentuan Ramadan dan Syawal mendorong umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Dengan itu lahirlah rasa kagum kepada Penciptanya.
  1. Menjaga Masa
  • Berpuasa mengajar Muslim teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur. Sedikit kesilapan akan membatalkan puasa. Disiplin masa amat penting dalam melaksanakan perancangan hidup.
  1. Kesihatan Tubuh Badan
  • Banyak manfaat berpuasa dari sudut kesihatan. Antaranya, berpuasa membuatkan tahap endorfin dalam tubuh meningkat selepas beberapa hari berpuasa.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?