March 28, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Semuanya Tentang al-Quran

Upah Mengajar al-Quran

Soalan:

Bolehkah mengambil upah mengajar al-Quran?

 Jawapan:

Berkenaan hukum mengambil upah kerana mengajar al-Quran, para ulama berselisih pendapat. Imam Abu Sulaiman al-Khattabi menukilkan larangan daripada sekumpulan ulama bahawa tidak boleh mengambil upah kerana mengajar al-Quran. Antaranya ialah al-Zuhri dan Abu Hanifah. Beliau turut menukilkan daripada kumpulan lain yang mengharuskannya jika guru tersebut tidak meletakkan upah sebagai syarat. Ia juga merupakan pendapat al-Hasan al-Basri, al-Sya‘bi dan Ibn Sirin.

Manakala Ata’, Malik, al-Syafi‘i serta ulama lain berpandangan bahawa hukumnya harus. Sekiranya guru tersebut meletakkan upah sebagai syarat dan mengambil bayaran dengan cara yang betul, maka keharusannya ada dinyatakan dalam pelbagai hadis sahih.

Namun, bagi ulama yang melarangnya pula mereka berhujah dengan hadis Ubadah bin al-Samit bahawa beliau mengajar al-Quran kepada seorang lelaki dalam kalangan ahli suffah. Kemudian, lelaki itu menghadiahkan sebuah busur kepadanya. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu suka disarungkan dengan belenggu api neraka disebabkan (upah), maka terimalah hadiah itu.” (Riwayat Abu Dawud)

Namun, bagi ulama yang mengharuskannya pula memberikan komen kepada hadis di atas dengan mengatakan:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?