January 31, 2026
FIQAH Jom Amal

Rasulullah SAW Tidak Pernah Meninggalkan Doa Ini pada Waktu Pagi dan Petang

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan harta bendaku. “Ya Allah, tutupilah auratku dan amankanlah hatiku daripada rasa takut. Ya Allah, jagalah aku dari arah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. “Aku berlindung dengan […]

Read More
FIQAH Munakahat

Cerai Sebab Sihir: Apa Perlu Dilakukan?

Sihir adalah satu perbuatan atau amalan jahat yang digunakan untuk mendapatkan faedah-faedah tertentu dan biasanya bertujuan untuk mengenakan seseorang yang menjadi sasaran. Ia dibuat secara batin atau metafizik iaitu satu situasi atau kaedah yang sukar untuk dibuktikan secara fizikal, tetapi dapat dirasai oleh individu yang menjadi mangsa. Ilmu dan amalan sihir adalah antara amalan tertua […]

Read More
FIQAH Munakahat

Hubungan Antara Undang-Undang Keluarga dengan Akhlak Islam

Undang-undang keluarga Islam boleh difahami sebagai peraturan-peraturan yang dengannya sesebuah keluarga Islam terbina. Dengannya juga hubungan sesama ahli keluarga dapat diatur. Secara umumnya, peraturan atau peruntukan yang terkandung dalam undang-undang keluarga Islam telah pun dinyatakan secara terperinci dalam al-Quran dan sunnah. Dalam konteks negara kita, undang-undang keluarga Islam mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal termasuk: Hal-hal […]

Read More
FIQAH Munakahat

Hukum Bersanding dan Sunnah Kelahiran Anak

Soalan 1: Apakah pandangan ustaz tentang adat bersanding semasa kenduri perkahwinan. Adakah ia dibolehkan dalam Islam?   Jawapan: Dalam Islam, perkahwinan hendaklah diisytiharkan dan dihebahkan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing.” (Riwayat al-Bukhari) Namun malangnya apabila kenduri perkahwinan yang dilaksanakan itu bercampur pula dengan adat-adat yang tidak bertepatan dengan […]

Read More
FIQAH Munakahat

Nilaian Wang Hantaran Melebihi Mas Kahwin?

Soalan Saya ingin bertanya ustaz, adakah wang hantaran itu wajib diberikan oleh pihak lelaki kepada bakal isteri? Jawapan Prinsip ajaran Islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi dibenarkan dalam Islam sebagai satu bentuk bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat tidak melampau. Apa […]

Read More
FIQAH Munakahat

Perkahwinan Satu Beban?

Soalan Kebelakangan ini, wujud tanggapan yang negatif dalam kalangan muda-mudi Islam tentang perkahwinan. Ada yang berpendapat bahawa perkahwinan sesuatu yang membebankan kerana seseorang yang sudah berkahwin secara automatik akan memikul tanggungjawab yang besar. Minta penjelasan daripada ustaz mengenai hal ini.   Jawapan Manusia diciptakan oleh Allah berpasang-pasangan. Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan […]

Read More
FIQAH Usul Fiqah

Fiqh al-Mizan, Hasil Kajian 30 Tahun

Profil Syeikh ‘Ali Muhyiddin al-Qarah Daghi   Seorang mujtahid dalam mazhab. Tinggal di Qatar. Berasal daripada keluarga berilmu yang nasab keturunannya daripada Sayidina al-Husain. Dilahirkan tahun 1949 di Bandar al-Qarah Daghi, Kurdistan, Iraq. Mempunyai kepakaran dalam bidang fiqah terutamanya fiqah muamalat dan ekonomi Islam. Jawatan terkini dipegang oleh beliau ialah Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin […]

Read More
FIQAH Usul Fiqah

Antara Aku dan Dia

Aku adalah seorang Muslim. Aku mempercayai Allah adalah Tuhan yang layak dan wajib disembah. Aku mengingkari segala syirik dan kufur dalam diriku dan hanya menghadap Tuhan yang mencipta langit dan bumi; Tuhan yang mencipta segala-segalanya dan Tuhan yang memberi hidayah kepada hamba-Nya. Sudah menjadi ketentuan Tuhan, Dia menetapkan kepelbagaian agama walaupun agama yang hanya diterima-Nya […]

Read More
FIQAH Usul Fiqah

Pembaziran Itu Pemusnah

Umum mengetahui bahawa Islam adalah agama yang seimbang dan wasatiyah dalam semua perkara. Hal ini termasuklah di dalam perbelanjaan seharian kita. Ini dibuktikan dan dinyatakan juga oleh Allah di dalam al-Quran seperti ayat di atas. Ayat di atas menjelaskan beberapa perkara yang penting, antaranya: Harta adalah satu asas kekuatan dalam kehidupan manusia. Larangan melakukan pemborosan […]

Read More
FIQAH Usul Fiqah

Al-Quran Ada Mizan (Catatan daripada kuliah Ustaz Fauwaz Fadzil Noor)

Umat Islam telah menghadapi pelbagai situasi perpecahan, kemunduran dan ditimpa pelbagai penyakit yang mereka tidak tahu jalan keluarnya. Maka mizan yang diturunkan oleh Allah bersama al-Quran merupakan pengubat kepada masalah umat Islam dan manusia amnya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka kitab […]

Read More
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?